Monday, May 21, 2012

bersabarlah menunggu kekasihmu ♥



Jika kebahagiaan di dunia, hanya sesaat saja. Lalu kenapa kita harus rela, menukarnya dengan timbunan dosa yang bermuara kepada siksa abadi di jahanam sana..
Jika kesusahan di dunia, hanya sementara. Lalu kenapa kita hendak berhenti bersabar menghadapinya. Padahal buah kesabaran adalah manisnya nikmat abadi di Jannah-Nya..
Sabarlah kawan..
Jika kau belum mampu menikah maka bersabarlah.. Mendekatlah kepada-Nya, nescaya akan Dia anugerahkan ketenteraman dalam hati, hingga tiba saatnya menjemput sang kekasih hati..
Sabarlah kawan..
Jika Pencarianmu belum juga mempertemukanmu dengan tulang rusukmu, mungkin penantian ini adalah ujian ketaqwaanmu, akankah kau tetap istiqomah di jalan-Nya? Atau memilih jalan pintas yang tak diredhai-Nya..
Sabarlah kawan…
Mungkin lamanya penantian ini juga dikeranakan khilaf kita. Cuba muhasabah kekurangan dalam diri. Kita inginkan Allah segera memberi.. Namun kita lupa kita tak menyegerakan melaksanakan kewajipan, menunda-nunda solat namun menginginkan jodoh dengan segera.
Apa tidak malu? =.=”
Sabarlah kawan..
Sesungguhnya pasangan hidup, adalah sebagai teman berjuang.. Berjuang bersama membangun cinta kepada Allah..
Jangan IRI.. Jangan pernah IRI melihat kebahagiaan yang mereka dapat dengan mengkhianati Allah.. Kebahagiaan yang didapati dengan jalan melanggar syariat hanyalah tipuan Syaitan yang hendak menyesatkan..
Kebahagiaan yang sejati dalam sebuah rumah tangga adalah ketika sebuah rumah tangga di hiasi dengan cinta Allah. Di lindungi dengan agama Allah. Bukan sebuah rumah tangga dengan harta melimpah dan tawa yang palsu..
Bersabarlah.. Bersabarlah…
Allah bersama orang-orang yang sabar…
Sabar bukan berarti tinggal diam tanpa usaha..
Sabar adalah tabah ketika apa yang di dinginkan belum kita dapat..
Sabar adalah tabah ketika cobaan datang menghadirkan kesedihan..
Sabar adalah tetap teguh dalam ketaqwaan, meskipun hadir berjuta godaan…
Sabar adalah pasrah pada kehendak-Nya, dengan tetap berikhtiar sesuai petunjuk-Nya…








Sunday, May 20, 2012

layakkah aku cemburu??







Kata Cinta : 
Cemburu? Siap tidak mempunyai perasaan cemburu? Contohnya, semua wanita jika ditanya mahu apakah ingin dimadukan atau tidak pasti lebih banyak yang jawab ‘tidak’. Kerana lebih penting bagi wanita urusannya adalah hati dan cemburu. Namun bergantung pada wanita itu sendiri, mahu dibawa ke arah mana rasa cemburu dan hatinya??..
Cuba berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH! InsyaAllah.

Saturday, May 19, 2012

cute baby =)


Making faces to a stranger's baby when their parents aren't looking... Every baby born into the world is a fiber one than the last. A baby will make love stronger, days shorter, nights longer, bankroll smaller, home happier, clothes shabbier, the past forgotten, and the future worth living for.

promises!



After believing in promises made and never fulfilled by you. You always break your promises, so promise me you will never love me. I will forgive you but the way I look at you will never be same. Dont fool a woman with a promise because she will fool you with a test. Did you just decide I wasn't good enough?that's the thing about pain... 

Friday, May 18, 2012

~jangan sampai jadi sebuah FITNAH~



Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.




Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata-mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram
Cinta mengandung segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia.
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara-perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?



wanita,selalu saja menangis



Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.




Antara punca wanita menangis:
1.Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
2.Mengurangkan stress.
3.Tanda keinsafan/penyesalan.
4.Sebagai ugutan emosi.

Thursday, May 17, 2012

♥ aku SUKA dia ♥








Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia


Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu



Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya


Aku suka dia =)